AverNoble Lancar GrowBiz 2025 Bersama SME Corp. Malaysia untuk Memperkasa 85 Usahawan Mikro

Sesi Kick off 2025 group photo
29
Nov 2025
Share

AverNoble Sdn. Bhd. dengan penuh rasa syukur dan komitmen ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan oleh SME Corp. Malaysia kepada kami untuk melaksanakan Program GrowBiz buat kali kedua sebagai Rakan Pelaksana. Amanah ini merupakan satu penghormatan besar dan menjadi pemangkin semangat kami untuk terus menyumbang secara aktif dalam memperkasa komuniti usahawan mikro di Malaysia. Pada 1 Julai 2025, kami telah berjaya melaksanakan Sesi ‘Kick-Off’ Program GrowBiz 2025 dan Santai Interaktif bersama Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, khusus buat peserta dari Zon Tengah dan Zon Selatan Semenanjung Malaysia.

Sebagai Rakan Pelaksana yang diberi amanah untuk dua tahun berturut-turut, kami berbangga dapat membimbing seramai 196 usahawan mikro di bawah Program GrowBiz setakat ini. Kami percaya setiap peserta membawa potensi luar biasa, dan melalui pendekatan ‘coaching’ yang kami terapkan, mereka dibimbing secara dekat untuk menaik taraf perniagaan masing-masing daripada tahap mikro kepada kecil – dengan penekanan terhadap kecekapan operasi, produktiviti serta pembangunan kapasiti diri sebagai usahawan.

Sesi yang dirasmikan oleh YBrs. Encik Rizal bin Dato’ Nainy, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia ini menjadi platform penting bagi 85 peserta dari Zon Tengah dan Selatan untuk berkongsi aspirasi, membina rangkaian dan meneroka peluang kolaborasi. Kami juga menganjurkan pameran mini yang menampilkan produk dan perkhidmatan graduan GrowBiz 2024/2025 – bukti nyata transformasi peserta di bawah bimbingan Program GrowBiz.

Turut hadir memeriahkan sesi ini ialah YBrs. Encik Azizi bin Mustafa, Ketua Pegawai Eksekutif MIDF, selaku Rakan Strategik program yang sentiasa menyokong perkembangan usahawan tempatan.

Dengan semangat #MalaysiaMADANI dan aspirasi yang tinggi, kami di AverNoble beriltizam untuk terus membina komuniti usahawan GrowBiz yang lebih besar, lebih kukuh dan lebih berjaya demi masa depan ekonomi negara.

For More Information

aver-icon.png
Get in Touch!
Email :
[email protected]
Phone :
+603 8604 8655
male-deco.png

What’s new at AverNoble 

Get the latest news about professional development and business consultancy

CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.